Friday, October 22, 2010

BOSAN AKAN CINTA

Hahahahaha. La ni kita masuk bab cinta cintun sat na. Aku baca headline tu pun dah naik bulu roma hahahaha. Dah lama dah aku dok pikiaq pasai benda ni tapi agak keberatan nak menaip. La ni dah aku tak buat apa dengan masa yang ada baik aku isikan sedikit dekat sini.

Apa yang aku taw pasai CINTA? Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. CINTA wujud bila hati kita tertarik pada sesiapa dengan penuh emosi dan gembira. Tapi ramai orang kata CINTA ITU BUTA?Pasai pa dia BUTA? Heran. ahahahahahhaa. Kalau CINTA MONYET baru aku kata BUTA. Sebab dengan cinta monyet ni la ramai budak-budak remaja la ni buat benda tak senonoh. Zina sana zina sini. Beranak sana beranak sini. Disebab kan kata-kata manis lelaki,perempuan sekarang jatuh bak di tendang kure-kure. Patutkah kita salahkan pada lelaki? Aku rasa memang patut. Sebab lelaki la ni pun semua macam harem. Nak keseronokan yang tiada batasan. Dengan seronok itu lah bole jadi benda yang tidak sepatutnya jadi. Memang la bak kata orang 'kita tidak dapat lari dari membuat kesalahan'. Memang betui tapi masalahnya dah taw salah dia pi buat lagi. tak ke heran? Benda banyak lagi bole buat. Awat dok gatai puki dok gatai kote tak taw. Sabaq la sat. Habiskan sekolah dulu. Lepas tu kawin senang cita. Ha lepas tu nak tutuh sana ka nk tutuh sini ka nak terbalik sana ka nk terguling sini ka ikot hang ja la. Semua atas hang.

CINTA ITU MANIS? Manis ka? Manis sekadar berkata-kata. Ini adalah satu pengajaran kepada pasangan yang baru berjinak-jinak dengan CINTA. Kenal hati budi masing-masing dahulu. Mungkin kita kenal dia dah 5 tahun,kita pun dah taw hati budi dia macam mana. Tapi ingat ALLAH tu maha kuasa mungkin dia tak tunjuk siapa diri dia sebenarnya. Aku ambek contoh orang sekeliling aku. Tidak perlu untuk aku memberitahu namanya. Dia dah kenai lama sangat mamat ni. Start sek men lagi. Dari situ depa berkawan dan berakhir dengan perkahwinan. Pertama perkahwinan si SUAMI ni dah tunjuk siapa diri dia sebenarnya. Lepas seminggu dia tunjuk lagi warna kulitnya. Sebulan dan berikutnya 'Kesesalan menghantui si ISTERI.' Si Isteri di pukul di cekik di kunci di marahi. Air mata tidak henti-henti mebasahi pipi. Dimana kata-kata manis mu? Dimana janji-janji manis mu? Bak kertas di tiup angin. 'Kerana mulut badan binasa kerana kata-kata hidup bergelora. Dengan itu 'cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja,siapa tahu nanti akan jadi musuhmu dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja,siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu' (Ali bin Abu Talib).

Aku dah banyak kali mempersoalankan bab 'perkahwinan' kat kakak aku. Aku habaq kat dia,nanti aku dah habis belajar dah ada kerja tetap aku xmau kawin. Aku nk hidup sorang2. Pasal keluarga aku bole ambil anak yatim. Aku xmau ada isteri. Kak aku pun jawab 'adik,kawin tu harus. Kita kena ramai kan umat Nabi Muhammad S.A.W.' betui kata kak aku. Tapi wanita zaman sekarang agak sukar untuk aku mempercayai dan mereka agak memilih dari aspek fizikal dan mental. Hampa pun taw kan aku ni dah la pendek. Sapa nak. Pompuan la ni nak yang semua sempurna. Aku habaq terus terang la aku tak ada awek pun tak pa. Tak pening pala. Nak kawan ngan sapa-sapa pun tak pa. Tak dak orang nk jelous2. Tak dak orang nk menghadkan masa aku. Aku bole pi mana-mana. Bole lepak ngan kawan-kawan. Tak payah nk jaga hati dia, Dia pun tak payah jaga hati aku. Tak payah nak perabis duit aku kat dia. Dengan duit tu bole aku bg mak pak aku sikit tak pun bole buat duit raya untuk anak-anak buah aku ka tak pun bole simpan sikit2 nanti leh pi jalan-jalan hahahahah. Couple ngan dia pun belum tentu kekal selamanya. I LOVE YOU, YOU LOVE ME. Jemu aku dengaq ayat tu. Semak pala ah.! Akhir sekali terpulang kepada setiap individu. Aku bagi pantun sikit 'dah masuk gear satu pi la masuk gear dua'. Aku pun dah buat keputusan. Habis belajaq baru aku nk cari orang yang betul2 menghargai diri aku ini. Buat masa sekarang --------> Harap maaf saya tidak suka bercinta :)

No comments:

Post a Comment